Kumpulan Makmal komputer

Tuesday, July 12, 2011

Hari 3 - Making Connection

  1. Bagaimana saya dapat menggunakan internet untuk membantu pengajaran saya dan pembelajaran murid?  
  2. Bagaimana saya dapat memastikan murid menggunakan internet dengan betul dan bersikap tanggungjawab? 
  3. Bagaimana pembinaan sampel pelajar dapat meningkatkan prosedur pengajaran saya? 
  4. Bagaimana saya melibatkan pelajar saya dalam proses penilaian?

17 comments:

  1. Internet merupakan alat yang sangat berkesan dalam proses P&P.Oleh itu,guru perlu menggunakan STRATEGI PENCARIAN YANG CEKAP bagi membolehkan murid dan guru menemukan informasi yang berfaedah secara efisien.Dalam memastikan murid menggunakan internet dengan betul dan bersikap tanggungjawab,guru perlu MERANCANG AKTIVITI PEMBELAJARAN dengan teliti supaya internet dapat digunakan dengan berkesan.

    ReplyDelete
  2. Sebagai guru Bahasa Melayu,memang tidak dinafikan internet merupakan alat yang sangat berkesan dalam P&P. Dengan internet pelbagai bahan seperti bercerita,berbalas pantun, drama dan sebagainya.

    Semasa murid melayari internet, guru mesti membuat pemantauan dan arahan yang jelas mesti diberi pada murid supaya melayari internet dengan betul.

    ReplyDelete
  3. internet merupakan alat yang amat penting bagi guru dalam p&p pada abad 21 kerana melalau internet guru-guru dapat mencari bahan pengajaran dengan cepat dalam persiapan mengajar .murid2 juga mudah untuk mencari maklumat yang diperlukan dengan bimbingan guru.

    ReplyDelete
  4. penggunaan internet adalah merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang penting juga dalam p&p,terutama dalam mendapatkan bahan-bahan terbaru yang boleh menarik minat murid.Aktiviti P&P dengan penggunaan internet harus dijalankan dengan perancangan yang rapi serta berjadual supaya murid akan rasa bertanggungjawab dan seronok menggunakannya.

    ReplyDelete
  5. Internet merupakan satu alat teknologi yang penting dalam p&p. Internet dapat memudahkan proses p&p di mana, pengajaran dan pembelajaran di antara guru dan murid boleh dilaksanakan di mana jua berada. Sebagai contoh, murid yang tidak hadir ke sekolah boleh mengikuti proses p&p hanya berhubung dengan guru melalui emel.

    Pemantauan perlu dibuat ketika murid melayari internet dan guru perlu memberi arahan yang jelas supaya murid tidak melayari laman web yang tidak sepatutnya.

    ReplyDelete
  6. internet merupakan satu medium yang amat penting dan berkesan dalam p&p pada abad ke 21 ini. dengan kepesatan teknologi, internet amat berguna kepada murid dan guru. Dengan adanya internet, murid boleh meneroka dengan lebih mendalam tentang sesuatu topik. murid boleh mencari maklumat yang dengan cepat dan dengan ini membolehkan murid mudah memahami dengan apa yang guru ajar.
    Saya perlu memantau dengan lebih kerap penggunaan internet oleh murid dan kerja-kerja murid. Semasa didalam kelas, guru boleh menyekat penggunaan internet yang tidak diperlukan. Guru juga perlu membimbing murid untuk mendapatkan maklumat yang berguna.

    ReplyDelete
  7. 1. Internet secara asasnya boleh digunakan sebagai alat untuk membantu murid mencari sumber/bahan berkaitan P&P.

    2. Bagi melahirkan pengguna internet yang bertanggungjawab dan berhemah, sebagai permulaan guru perlu menyebarkan link/url kepada murid. Dengan cara ini, kita dapat melatih murid menggunakan Internet secara berfaedah.
    Cara lain adalah guru saling berkongsi url yang tidak dibenarkan untuk di'filter' dalam router/server.

    3. Pembinaan sample akan mebuatkan saya lebih bersedia dalam proses P&P.

    4. Untuk melibatkan pelajar dalam proses penilaian mungkin cara mengadakan penilaian secara online atau berasaskan web.
    Sebagai contoh, guru BM meminta murid membina blog untuk subjek BM Penulisan, daripada blog tersebut, murid lain dapat menilai karangan rakan mereka.

    ReplyDelete
  8. 1. Pada pendapat saya, internet dapat membantu dalam proses p&p kerana, melalui internet, guru dan pelajar boleh mendapat pelbagai bahan untuk dijadikan sebagai alat bantu belajar tanpa perlu merujuk buku rujukan. Pelbagai bahan boleh didapati kerana internet merupakan bahan rujukan tanpa sepadan.

    2. Cara untuk memastikan murid menggunakan internet dengan betul dan bersikap tanggungjawab ialah membuat pemantauan penggunaan internet oleh murid sekerap yang mungkin selain membimbing pelajar untuk mendapatkan bahan @ maklumat yang berguna daripada internet. Selain itu, setiap penggunaan akan direkod dijelaskan etika @ cara yang betul menggunakan internet.

    3. Pembinaan sampel pelajar dapat meningkatkan prosedur pengajaran saya dengan cara saya merasai sendiri cara untuk melaksanakan projek berdasarkan teori yang diajar di dalam kelas. Selain itu, setiap masalah yang bakal dihadapai dapat dikenal pasti dan cuba untuk diselesaikan.

    4. Cara untuk melibatkan pelajar saya dalam proses penilaian ialah guru menyediakan rubrik untuk pelajar menilai hasil kerja mereka di samping boleh menilai hasil kerja rakan-rakan mereka.

    ReplyDelete
  9. Internet boleh bertindak sebagai sumber dan alat untuk menghasilkan pelbagai jenis produk akhir hasil dari pembelajaran.Guru boleh memantau penggunaan internet pelajar melalui perisian-perisian tertentu seperti schoolnet dan sebagainya. Di samping itu, guru boleh mengedarkan senarai semak tugasan bagi memastikan pelajar mereka melakukan tugasan yang diberikan.Dengan membina sample pelajar, guru boleh mengenalpasti masalah yang mungkin dihadapi oleh pelajar semasa membuat tugasan dan mencari jalan untuk membantu pelajar. Bagi melibatkan pelajar dalam penilaian, guru boleh mengedarkan borang markah penilaian kendiri dan borang markah penilaian kolaborasi rakan kepada pelajar.

    ReplyDelete
  10. Dengan pembinaan sampel pelajar, ia dapat membantu untuk menghasilkan projek yang lebih baik dan berkesan . dengan projek yang berkesan, ia dpt membantu prosedur pengajaran saya dan p&p dapat berjalan dengan lancar.

    Proses penilaian murid boleh dilakukan apabila murid membuat pembandingan atau pemberian skor markah terhadap pembentangan rakan mereka.

    ReplyDelete
  11. Pembinaan sampel pelajar dapat meningkatkan prosedur pengajaran saya kerana melalui contoh yang dibina oleh guru memudahkan saya memberi gambaran kepada murid ke arah pembelajaran secara inkuari dan kolaborasi. Pelajar terlibat dalam proses penilaian melalui penilaian kendiri dan penskoran rubric yang diedarkan oleh guru.

    ReplyDelete
  12. hari ke-3 , sudah nampak sinar dihujung tunnel. TQ en.yap kerangka yang diberi memudahkan pemahaman tentang unit pelan, tak lah susah sangat nak menerangkan kepada guru-guru d sekolah nanti. yang lain2 tu rasa2nya boleh copy dan ubah suai dr sample yg diberi.juga TQ kerana banyak web yg bagus dan cantik boleh diterokai berbaloi lah datang kursus.Apa2 pun kita mesti mendahului jangan kita menghuni tangga belakang

    ReplyDelete
  13. Dengan pembinaan sampel pelajar, pengajaran mudah dilaksanakan kerana ia memberi gambaran kepada murid secara jelas berkaitan dengan pembelajaran berasaskan projek ( PBL ).

    Saya melibatkan murid saya dalam penilaian melalui cara penskoran dalam tugasan mereka.

    ReplyDelete
  14. Penggunaan internet dalam pengajaran saya banyak mmberi menafaat kepada murid murid saya . Murid dapt didekatkan apa yang jauh,divisualkan apa yang selama ini mereka bayangkan Semuanya memberikan mereka pengalaman baru yang ditunjukkan didepan mata murid. Internet juga memudahkan penerangan guru dengan itu memudahkan pencapaian objektif pelajaran.
    Pemantauan dan penggunaan intenet secara kawalan berpusat akan memudahkan guru mengawal penggunaan oleh murid.
    Objektif pelajaran akan dipandu dan tidk akan keluar atau melencong dari topik yang hendak diajar
    Menyediaan sempal yang mempunyai keesahan dan keboleh percayaan.

    ReplyDelete
  15. Internet membantu pengajaran saya dalam menyediakan P&P yang lebih berkesan. Pelbagai bahan dan maklumat boleh didapati dengan mudahnya dalam internet.
    Bagi memastikan murid menggunakan internet dengan betul, saya memantau laman-laman web yang dibuka oleh murid. Saya juga sentiasa mengingatkan murid supaya lebih bertanggungjawab sebagai seorang murid dan menggunakan kemudahan yang diberikan dengan betul dan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  16. penggunaan internet membolehkan murid mengases maklumat&mencari bahan dengan cepat&mudah. guru perlu membimbing murid dalam mencari bahan di dalam internet bagi memastikan internet digunakan dengan betul. dengan menggunakan internet, p&p menjadi lebih menarik&berkesan

    ReplyDelete
  17. Penggunaan internet membantu saya mendapatkan bahan seperti soalan dan maklumat terkini. Guru perlu memberi alamat laman web yang boleh dilayari oleh murid disamping terus menerapkan nilai-nilai murni dalam P&P. Pembinaan sampel pelajar dapat membantu guru memperbaiki prosedur pengajaran menjadi lebih baik. Melibatkan pelajar dalam penilaian dengan meminta mereka memberi markah kepada pembentang berdasarkan rubrik yang disediakan.

    ReplyDelete