Kumpulan Makmal komputer

Tuesday, July 12, 2011

Hari 2 - Perancangan Unit

Bagaimanakah Soalan Kerangka Kurikulum dapat membantu pembelajaran murid anda?
Bagaimanakah hendak merancang penilaian berterusan yang berpusatkan murid?

14 comments:

  1. Soalan kerangka kurikulum mendorong pelajar menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi.Ini dapat membantu murid memahami sepenuhnya konsep-konsep utama daan menyediakan struktur untuk menyusun maklumat berasaskan fakta.
    Manakala,penilaian berterusan yang berpusatkan murid pula menggunakan pelbagai strategi.Antaranya mengukur keperluan pelajar,menggalakkan pembelajaran terarah kendiri dan berkolaborasi.selain itu,guru juga harus memantau kemajuan murid,memeriksa pemahaman dan mendorong metakognitif serta mendemonstrasikan pemahaman dan kemahiran.

    ReplyDelete
  2. hari ini permulaan hari ke-3, tapi ingin hamba catatkan refleksi hari ke-2. Setelah bermuhasabah diri , ada sedikit peningkatan ilmu utk hari ke-2.Itu hanya sebgai pengukuhan dr hari2 pertama. kefahaman lebih konkrit tentang cara mengisi ruang2 di unit plan

    ReplyDelete
  3. Soalan kerangka kurikulum dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid serta menambah pengetahuan baru manakala penilaian berpusatkan murid harus dirancang berpandukan topik yang diajar.

    ReplyDelete
  4. Soalan kerangka kurikulum membolehkan murid dapat memahami dengan lebih mendalam tentang topik pembelajaran yang diajar oleh guru.murid boleh berfikir dan dapat mengetahui secara keseluruhan dengan apa yang mereka belajar. Guru pula perlu mengetahui aras kemampuan murid untuk menghasilkan soalan kerangka ini. dengan adanya soalan ini, guru dapat mengetahui kefahaman murid tersebut.
    untuk merancang penilaian berterusan yang berpusatkan murid, guru harus mengikut kemampuan pelajar itu sendiri. guru boleh meningkatkan aras kefahaman murid melalui penilaian ini.penilaian ini boleh dibuat melalui pembentangan dan perbincangan murid dengan murid.

    ReplyDelete
  5. soalan kerangka kurikulum dapat membantu guru untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam memahami topik-topik pembelajaran. Pelajar bukan sahaja perlu belajar sesuatu topik pada aras yang rendah, malah didedahkan juga aras yang lebih tinggi. untuk merancang penilaian yang berterusan yang berpusatkan pelajar, pelajar akan diuji terlebih dahulu topik yang akan dipelajari, kemudian pelajar akan mendapatkan bahan berdasarkan topik yang akan diajar. Hasil dapatan akan dibentangkan dan melakukan perbincangan bersama pelajar.

    ReplyDelete
  6. Soalan kerangka kurikulum akan membantu pelajar berfikir dan secara tak langsung membantu dalam pembelajaran pelajar.Untuk merancang penilaian berterusan, guru boleh mengedar jadual semakan tugas, penilaian kerjasama kendiri, melantik seorang ketua untuk memantau tugasan yang telah diberikan dalam kumpulan.

    ReplyDelete
  7. kerangka kurikulum dapat membantu pelajar saya untuk berfikir dengan lebih kreatif dan kritis.

    penilaian berterusan yang berpusatkan murid dapat dilakukan dengan cara memberi tugasan berkumpulan. dapatan tugasan ini dibentangkan. disamping itu perlu ada senarai semak tugasan

    ReplyDelete
  8. soalan kerangka kurikulum dpt membantu kemahiran berfikir pelajar manakala penilaian berpusatkan murid mestilah dilakukan secara berterusan semasa murid menjalankan aktiviti...

    ReplyDelete
  9. kerangka kurikulum dapat memimpin murid belajar
    mengikut topik-topik yang diajar oleh guru serta mudah memahami topik yang diajar oleh guru
    penilaian berterusan membolehkan guru mengesan kelemahan murid mengikut topikal yang diajar.

    ReplyDelete
  10. Kerangka Kurikulum membolehkan sesuatu subjek yang diajar lebih berpusat dan terkawal. P&P dapat berjalan dengan lebih berkesan.

    Penilaian yang berterusan membolehkan guru memantau murid dan seterusnya dapat mencari jalan
    penyelesaian.Terutama bagi murid yang bermasalah.

    ReplyDelete
  11. soalan kerangka kurikulum dapat menggalakkan murid berfikir dan mengeluarkan pendapat sendiri. Penilaian berterusan yang berpusatkan murid perlu dirancang dengan pelbagai kaedah antaranya PBL. :0

    ReplyDelete
  12. Kerangka Kurikulum akan menjayakan satu proses P&P yang berpusatkan murid dan P&P yang lebih berfokus.

    Penilaian berterusan boleh dilakukan sebelum dan selepas P&P dan mengikut aras murid itu sendiri.Ini akan memudahkan para guru mengesan tahap pengetahuan/kemahiran murid terhadap sesuatu topik/kemahiran yang dipelajari

    ReplyDelete
  13. Soalan Kerangka Kurikulum menggalakkan murid menggunakan KBKK. Ia membantu murid memahami pembelajaran dengan lebih berkesan.
    Penilaian berterusan yang berpusatkan murid boleh dirancang dengan menggunakan pelbagai strategi pembelajaran. Guru perlu memastikan bahan yang dipilih dapat difahami oleh semua murid. Guru mungkin boleh menggunakan senarai semak dalam memastikan P&P berjalan lebih lancar.

    ReplyDelete
  14. Soalan kerangka kurikulum membolehkan murid berfikir dengan kreatif&kritis. Penilain berterusan membolehkan guru mengukur tahap kemahiran murid&memantau perkembangan proses p&p. Guru boleh menggunakan senarai semak dalam memastikan p&p berjalan lancar

    ReplyDelete